Kesalahan dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu oleh Mahasiswa Kursus Asas Bahasa Melayu 1 (MAL1001) Universiti Ramkhamhaeng

ชื่อเรื่องKesalahan dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu oleh Mahasiswa Kursus Asas Bahasa Melayu 1 (MAL1001) Universiti Ramkhamhaeng
ผู้แต่งIbrohim Malee
อีเมลibrohim@rumail.ru.ac.th
ภาควิชาภาษาไทยและภาษาตะวันออก
ประเภทผลงานProceedings
รายละเอียด

Malee, I. (2025). Kesalahan dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu oleh Mahasiswa Kursus Asas Bahasa Melayu 1 (MAL1001) Universiti Ramkhamhaeng. In PROSIDING PERSIDANGAN ANTARABANGSA BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA MELAYU (RENTAS 2025) (pp. 147-155). Unit Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu (UBSBM), Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Bahasa Melayu merupakan bahasa asing bagi kebanyakan mahasiswa di universiti ini, khususnya mahasiswa dari Thailand. Oleh itu, penguasaan bahasa yang masih rendah sering kali menjadi punca pelbagai kesalahan dari segi tatabahasa, ejaan, penggunaan kosa kata dan struktur ayat dalam hasil penulisan karangan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis jenis kesalahan ortografi yang sering dilakukan oleh mahasiswa yang mengikuti kursus Asas Bahasa Melayu 1 (MAL1001) di Universiti Ramkhamhaeng. Sebanyak 50 karangan dianalisis menggunakan kaedah analisis kesalahan. Hasil kajian menunjukkan sebanyak 1,282 kesalahan ortografi yang melibatkan kesalahan penggunaan huruf besar (620), tanda baca (405) dan ejaan (257). Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti tiga faktor utama yang menjadi punca kesalahan tersebut iaitu kelemahan dalam penguasaan bahasa Melayu, pengaruh bahasa ibunda (bahasa Thai dan dialek Melayu tempatan), serta pengaruh bahasa asing seperti Bahasa Inggeris dan Arab. Kajian ini mencadangkan beberapa pendekatan pedagogi yang lebih efektif bagi membantu mahasiswa mengurangkan kesalahan dan meningkatkan kecekapan penulisan. Justeru, dapatan kajian ini diharap dapat membantu para pensyarah dan tenaga pengajar dalam merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan bagi meningkatkan kemahiran menulis karangan dalam kalangan pelajar.

Keywords: bahasa Melayu, kesalahan penulisan, analisis kesalahan, ortografi, pembelajaran bahasa kedua

ระดับระดับนานาชาติ
ปีประจำปี 2568
Urlhttps://drive.google.com/file/d/1O1mHH5VzxNCExHFVmly9dLcwhRnrOxpS/view?usp=drive_link
เอกสาร
Ref No
ผู้ชม154

Contact

Faculty of Humanities, Ramkhamhaeng University Ramkhamhaeng Road, Huamark, Bangkapi, Bangkok 10240 Telephone : 02-3108269 , 02-3108281

เราอาจจะเราใช้คุกกี้เพื่อเพิ่มประสิทธิภาพในการให้บริการและปรับปรุงบริการ คุณสามารถเลือกตั้งค่าความยินยอมการใช้คุกกี้ได้ที่ปุ่ม "ตั้งค่าคุกกี้" นโยบายความเป็นส่วนตัว    ยอมรับทั้งหมด